Saturday, 20 October 2012

HARI TERBUKA PENDIDIKAN DAN KARNIVAL JALUR LEBAR


JALUR LEBAR PEMANGKIN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN



21 OKTOBER 2012

Dirasmikan Oleh :

YB.DATO' HASBULLAH BIN OSMAN
Setiausaha Politik Y.A.B Timbalan Perdana Menteri


Anjuran :
PPD KUBANG PASU


Dengan Kerjasama 
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA TM (TELEKOM MALAYSIA) BERHAD









Info SKMM



Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia(SKMM)dipengerusikan oleh Dato' Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.


Peranan utama SKMM adalah mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam akta Akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi & Multimedia (1998).


Dalam melaksanakan akta ini,peranan Suruhanjaya ialah untuk melaksanakan dan menggalakkan objektif dasar nasional kerajaan untuk sektor komunikasi dan multimedia.


Fungsi utama SKMM ialah :

-Melaksana dan menguatkuasa penyediaan undang-undang komunikasi dan multimedia.
-Menggalakkan dan mempromosi pembangunan industri,komunikasi dan multimedia.
-Menggalakkan dan mengekalkan integriti semua pemegang lesen dan diberi kuasa di bawah
  industri komunikasi dan multimedia.
-Memberi bantuan dalam sebarang bentuk dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan
  di kalangan orang-orang terlibat dalam aktiviti komunikasi dan multimedia.

Friday, 19 October 2012

Friends forEver

Salam semua...hari nie,saya akan menceritakan sedikit sebanyak novel yang telah saya baca beberapa minggu yang lalu..kini,saya akan menceritakannya..harap anda semua faham dengan jalan cerita yang saya buat ini yaa..:)


Zakiah yang cita-cita untuk menjadi seorang akauntan dan harapan yang diletaknya tinggi menggunung..tetapi,ayahnya pula tidak mengizinkannya mengejar cita-citanya itu..dia sangat sedih dan kecewa pada saat itu.ayahnya ingin benar dia menyambung belajar ke Mesir dan mempelajari Bahasa Arab yang lebih banyak lagi.Kata ayahnya,kini Bahasa Arab telah pupus penggunaannya kini.Dia sangat memberontak ketika itu kerana impiannya tidak tercapai.


Ayah Zakiah memberitahunya bahawa anak jiran yang sebaya dengannya juga akan ke Mesir bersama dengan Zakiah.Zakiah amat terkejut kerana dia benar-benar tidak menyukai jiran yang sebaya dengannya ikut sekali dengannya ke Mesir.Zakiah juga tidak tahu kenapa dia amat tidak menyukai anak jiran itu.Sejak sekolah menengah lagi dia tidak suka.Ayahnya juga tetap dengan keputusan..Zakiah sangat-sangat kecewa dengan keputusan ayahnya itu.


Nak tak nak Zakiah akan melanjutkan pelajaran Bahasa Arabnya di Mesir bersama jirannya,Syazana.Di Mesir,mereka ditempatkan satu bilik.Zakiah juga mula menyukai ragam Syazana dan rakannya yang lain.Kini,mereka menjadi 'Friends Forever'.Itulah dinamakan jodoh.Ukhuwah kerana Allah yang tidak bersandar kepada materi namun ada tautan hati.Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan.Itu janji Rabbul Izzati.


Setakat itu saja yang dapat saya ceritakan kepada anda semua.Sesungguhnya ukhuwah itu tali penyatu.wassalam.:)

Wednesday, 17 October 2012

Kisah Teladan : Umar Bin Khattab Part 1




Kita harus bersyukur dengan apa yangdirezekiNya untuk kita..Itulah nikmat makanan untuk kita semua..Harap semua yang membacanyanya akan terhibur....=)....

7 f0rmula individu cEmerLang...




Sinopsis:
Pernah terfikir bagaiman golongan Arab yang jahil dapat berubah menjadi segolongan manusia mulia yang dapat menguasai hampir seluruh dunia? Bagaimanakah mereka dapat mencapainya dalam masa yang singkat? Apakah yang mendorong mereka berubah dan berjaya?
                                             
Masa kini, banyak buku motivasi ditulis oleh pakar-pakar motivasi barat seperti Zig Ziglar, Napoleon Hill dan lain-lain.Buku ini menonjolkan kelainan dengan mengambil formula-formula motivasi daripada Quran. Formula ini sudah digunakan sejak beribu tahun dahulu dan terbukti berjaya menghasilkan individu cemerlang.Individu yang cemerlang ialah individu yang mempunyai nilai-nilai murni dalam dirinya.Tidak kira belajar sampai ke menara gading pun,kalau nilai murni tidak ada tidak berkat segala apa yang dipelajari kita.1 benda yang penting ialah suruhan Allah.Bersembahyang lah kita kerana setiap doa kita di dalam sembahyang tidak mustahil akan Allah makbulkan.InsyaAllah.

Buku yang mesti dibaca oleh individu yang hendak berubah apabila dunia berubah.

Formula 1: Kenali Kehebatan dan Potensi Diri
Formula 2: Meledakkan Takwa
Formula 3: Melonjakkan Ilmu
Formula 4: Hidup Bermatlamat dan Berwawasan
Formula 5: Memelihara Amanah
Formula 6: Berfikiran Positif
Formula 7: Menyantuni Manusia


Sekian...:)


dipaksa makan bubur khinzir



Kisah ini adalah kiriman saudari Farisha melalui emailnya. Harap ambil jadikan tauladan.....


Ibuku sering menceritakan pengalamannya dan teman-temannya yang pernah menjadi tahanan Pol-Pot. Salah satu kisah yang masih aku ingati ialah kisah ibuku dipaksa makan bubur babi.

Petikan ini bermula....
------------------------------------

Semasa menjadi tahanan Pol-Pot, suami isteri dipisahkan. Begitu juga anak dan ibu. Mereka dibahagi-bahagikan kerja mengikut peringkat jantina dan umur. Ada yang menanam padi dan pelbagai pekerjaan lagi yang berat-berat. Pol-Pot mengamalkan sistem ala komunis. Semua tahanan dikehendaki memakai baju hitam. Mereka diberi pekerjaan yang teruk-teruk. Siapa yang malas atau sakit akan di bawa ke satu kawasan untuk di bunuh. Ada yang disiksa terlebih dahulu sebelum di bunuh. Contoh penyiksaan yang sering dilakukan ialah menarik kesemua kuku tahanan dengan benda yang tajam, menebuk tapak tangan tahanan, memenggal kepala atau menimbus tahanan hidup2 ke dalam satu lubang maut. Orang islam di larang sembahyang. Masjid dijadikan kandang babi.

Semua tahanan dipaksa bekerja. Setelah penat bekerja , tahanan hanya diberikan makan bubur sahaja. Menunya berbeza-beza. Kadang-kadang bubur ikan dan kadang-kadang bubur babi. Bubur yang hanya ada beberapa butir nasik dalam semangkuk bubur. Ibuku tak mahu makan bubur babi. Dia melihat wajah teman-temannya. Ada yang berugama Islam sedang memakan bubur itu. Keadaan amat darurat. Sekiranya mereka tidak makan, mereka tiada tenaga untuk melakukan kerja seterusnya. Akibatnya mereka akan jatuh sakit. Boleh jadi mereka akan di bunuh sekiranya tidak mampu lagi melakukan pekerjaan itu. Ibuku masih menahan diri dari memakan bubur itu. Dia mengeluarkan beras goreng lalu mengunyah beras goreng itu satu persatu. Hatinya berdoa semoga beras goreng yang dibekalkan oleh nenekku mampu memberikan kudratnya untuk meneruskan kerja membajak sawah itu.

Malamnya, nenekku menggorengkan beras untuk dijadikan bekalan ibuku esok hari. Manalah tahu, menu esok sama denagn menu hari ini. Jangkaan nenek tepat. Menu makan tengahhari adalah bubur babi lagi. Kali ini ibuku diiuji lagi. Dia terpaksa makan beras goreng yang disimpan di dalam uncang diantara lipatan getah kainnya. Kemudian, ibu meneruskan kerja seperti biasa.

Pada hari yang ketiga, menu yang sama disajikan kepada tahanan-tahanan. Ibuku terpaksa menjamah beras goreng yang dimakannya secara sembunyi-sembunyi. Tiada sedikit perasaan kesal pun dihati kerana tidak makan bubur babi itu walaupun dibolehkan kerana darurat. Tiba-tiba seorang pegawai tinggi Polpot datang menemui ibuku. Cepat-cepat ibu sembunyikan beras goreng itu. "Aku dengar, kau sudah tiga hari tak makan bubur yang kami masak. Bagaiamana kau masih mempunyai tenaga untuk bekerja?" Tanya pegawai tersebut dalam bahasa Khmer. Kecut perut disoal begitu. "Mari ikut aku?" Ibu semakin risau. Ibu takut kalau mereka tahu ibu makan beras goreng yang dibawanya. Pasti ibu akan dihukum. Namun, dia membawa ibu ke ruangan dapur. "Gadis ini belum makan apa-apa lagi. Namun, dia masih bekerja seperti orang lain. Sediakan nasi bersama ikan masin untuk dia". Ibu bersyukur tatkala mendengar kata-kata pegawai itu. Petang itu, ibu dijamu dengan menu yang istimewa. Sudah lama ibu tak makan nasi. Inilah ganjaran bersabar di jalan Allah....


Ulasan Admin : Sesungguhnya sesiapa yang menjaga dirinya daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah kerana takut kepadaNYA, nescaya Allah tidak akan sia-siakan pengorbanan dia.Semoga cerita di atas dapat dijadikan iktibar bersama-sama.

$uatu peristiw@...



Salam indah...

Tergerak di hati berkongsi satu kisah, satu tauladan walau hnya tentang binatang. Kisah yang menyentuh hati ini ku bawa bersama agar boleh di kongsi bersama.

"Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana, saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu2 untuk melintas. Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir, saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar2 apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas2 ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging. Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu? Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang. Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi. Tapi tidak kepada saya.

Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an. Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi. Masih saya ingat, beberapa jam berburu, matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyi jauh dari kami. Hutan itu sepi. Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa.

Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk2 senapang Relanya. Kata pak cik, "Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa. Mungkin esok ada habuan." Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok2 besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah2 hutan.Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet2 itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela," begitu jawapan pak cik. Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya. Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan...DAMMM!!! Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet2 tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan. BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami.

Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa2 terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit. Si ibu merengus2 memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun dengan bersusah payah sambil tangannya mencapai akar2 pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.

Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas2, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang2 perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas2nya, kerana selepas ini ibu akan pergi. Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah2 enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya. Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia. Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya.

Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi. Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula. Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang2 tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga.

Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku. Suasana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati. Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia?? Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit2 sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu."

sumber : SIM

p/s : Tumbuh2an dan binatang sentiasa berzikir kepada Allah SWT tanpa mengira siang atau malam dan apabila matinya makhluk Allah ini, tidak ada soal jawab sepertimana manusia. Sedangkan kita sebagai manusia belum tentu mampu untuk berzikir kepada Allah sepanjang masa. Jazakallahu khairan kathiran.

PeraWan tUjuh beRAdik



PADA zaman dahulu , kononnya ada sebiji buah yang sangat luar biasa . Pokoknya tumbuh di tengah-tengah lautan yang sangat luas . Sesiapa sahaja yang memperolehi buah itu dipercayai akan menjadi amat bertuah .

Maka tersebutlah kisah seorang pemuda bernama Lenggai . Dia berasal dari Kalimantan Barat . Walaupun Lenggai seorang pengembara yang gagah berani , namun dia selalu ditimpa malang .

Pada suatu hari Lenggai membuat keputusan hendak mencari buah ajaib itu . Dia kemudiannya membina sebuah kapal layar dan belayar menyeberangi lautan . Pelayaran itu sangat sukar tetapi Lengai tetap tidak berputus asa . Walaupun telah beberapa lama belayar , namun pokok yang berbuah ajaib itu belum juga kelihatan . Akhirnya , pada suatu hari , setelah hampir tiga bulan belayar , tiba-tiba kapal Lenggai termasuk ke dalam pusaran air yang sangat kuat . Kapalnya berpusing-pusing dengan ligat sekali .

Lenggai sedaya upaya cuba hendak menyelamatkan kapalnya daripada bencana itu . Lenggai hampir-hampir lemas . Tiba-tiba dari percikan yang disebabkan oleh pusara air itu dia ternampak sebatang pokok yang sangat tinggi . Matanya terpaku ke arah pokok itu . Pokok itu seolah-olah muncul dari pusat pusaran air itu . Dia pasti itulah pokok ajaib yang dicari-carinya selama ini .

Kapal Lenggai hampir ditelan pusaran air itu . Pada detik yang mencemaskan itu Lenggai melompat ke dalam air dan berenang sekuat-kuatnya ke arah pokok itu . Setelah selamat sampai , dia pun memanjat ke sebatang dahan yang selamat daripada pusaran air itu dan dia berehat di situ seketika . Setelah bertenaga semula , Lenggai memandang sekelilingnya dan dia ternampak seekor burung yang sangat besar di salah sebatang dahan yang tertinggi di pokok itu . Cengkaman kuku burung itu sama besarnya dengan genggaman seorang manusia .

" Jika aku dapat memegang kaki burung itu , tentu aku dapat kembali semula ke daratan , " bisik hati Lenggai .
Dia pun mula memanjat pokok itu dari satu dahan ke satu dahan sehingga dia berada kira-kira sehasta dari tempat burung itu hinggap . Dengan secepat kilat dia menyambar pergelangan kaki burung itu dan bergayut di situ sekuat-kuatnya . Burung besar itu sama sekali tidak menyedari akan apa yang berlaku kepada dirinya . Setelah beberapa lama kemudian burung itu pun terbang membawa Lenggai yang bergayut pada kakinya . Burung itu terbang dan terus terbang menyeberangi lautan dan merentasi daratan , sehingga Lenggai menjadi sangat letih dan tidak berdaya lagi . Akhirnya burung itu ternampak beberapa ekor lembu . Burung itu melayang turun dan secepat kilat menyambar seekor lembu .

Pada ketika itulah Lenggai melepaskan pegangannya dan jatuh ke tanah dengan selamatnya . Lenggai memerhatikan kawasan di sekelilingnya . Dia sangat hairan melihat kawasan di situ . Lenggai belum pernah melihat tempat yang sebegitu cantik , pokok-pokok menghijau dan berbuah lebat dengan bunga-bunga kembang berseri . Lenggai terus berjalan dan akhirnya dia tiba di suatu lorong yang ditumbuhi bermacam jenis bunga yang berwarna-warni . Dia mengikuti lorong itu lalu terjumpa sebuah rumah yang indah . Lenggai terus masuk ke dalam rumah itu dan dilihatnya seorang perawan sedang menyediakan makanan .
"Oh!"
Gadis itu sangat terperanjat meliha t Lenggai berada di dalam rumahnya .
"Jangan takut , saya tidak akan mengapa-apakan kamu . Saya tidak tahu di mana saya sekarang . Saya memerlukan makanan dan tempat tidur untuk malam ini , " terang Lenggai .
Perawan itu mempersilakan Lenggai duduk dan dia memberikan Lenggai sedikit makanan . Ketika Lenggai sedang makan , perawan itu menceritakan bahawa dia adik bongsu kepada tujuh orang adik-beradik yang tinggal dalam rumah itu . Enam orang kakaknya telah keluar bekerja di sawah . Lenggai pula kemudiannya menceritakan apa yang telah dialaminya .

 Lewat petang itu keenam orang kakak perawan itu pun pulang . Mereka semuanya sangat senang hati menerima kedatangan Lenggai dan melayaninya dengan baik .
Semenjak hari itu Lenggai pun tinggal bersama-sama perawan tujuh beradik itu. Setiap hari apabila keenam-enam perawan itu pergi ke sawah, Lenggai tinggal di rumah menjaga adik mereka yang bongsu itu. Setelah beberapa lama perawan bongsu jatuh cinta kepada Lenggai.Pada suatu hari dia memberitahu akan perasaannya itu kepada kakak-kakaknya. Mereka semuanya bersetuju perawan bongsu berkahwin dengan Lenggai. Lenggai juga bersetuju dengan cadangan itu.

"Kamu nanti akan menjadi sebahagian daripada keluarga ini," jelas kakak yang sulung.
"Sekarang masanya telah tiba untuk kamu mengetahui bahawa sebenarnya kami tujuh beradik daripada Bintang Tujuh. Adik bongsu kami ini dinamakan Bintang Banyak. Saya tidak boleh memberitahu kamu lebih daripada ini. Sayangilah adik bongsu kami ini kerana dia sangat kami sayangi."

Maka seminggu kemudiannya, majlis perkahwinan Lenggai dengan Bungsu Bintang Banyak pun diadakan. Ramai orang kampung di rumah-rumah panjang yang berdekatan dijemput untuk meraikan majlis itu.Beberapa tahun berlalu. Lenggai dan Bungsu Bintang Banyak mendapat seorang anak laki-laki yang diberi nama Selamuda. Lenggai menjaga anaknya itu dengan penuh kasih sayang sementara isterinya dan kakak-kakaknya bekerja di sawah.Sememangnya sejak awal lagi, Lenggai telah diberi amaran supaya tidak membuka penutup tajau yang terletak di sudut rumah itu.

"Wahai suamiku, berjanjilah bahawa abang sama sekali tidak akan membuka penutup tajau ini," pesan Bungsu Bintang Banyak.
"Jika abang membukanya juga, akibatnya amatlah buruk sekali."
Lenggai mematuhi kata-kata isterinya. Walau bagaimanapun, oleh kerana selalu diingatkan berulang kali, Lenggai berasa ada sesuatu yang ganjil dalam tajau itu. Perasaan ingin tahunya datang dengan mendadak.
Pada suatu hari hanya Lenggai dan anaknya sahaja yang tinggal di rumah. Lenggai merenung tajau itu beberapa kali. Perasaan ingin tahunya memuncak dan Lenggai tidak boleh bersabar lagi. Dengan cermat dia membuka penutup tajau itu. Alangkah dahsyatnya! Melalui mulut tajau itu dia dapat melihat beribu-ribu orang manusia sedang sibuk menanam padi. Apa yang anehnya mereka kelihatan jauh sekali di bawah.

 Lenggai menyedari kini dia berada di suatu tempat yang tinggi, seolah-olah di sebuah negeri di awang-awangan.Lenggai runsing sekali dengan apa yang dilihatnya. Dia tahu siapa mereka itu. Merekalah manusia di bumi dan semuanya sedang bekerja dengan tekun.
Pada petangnya, apabila isteri dan keenam orang kakaknya pulang dari sawah, Lenggai tidak memberitahu mereka apa yang telah dilakukannya. Semasa waktu makan, Lenggai kelihatan sedih dan bimbang. Dia makan sedikit sahaja. Bungsu Bintang Banyak mengesyaki sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Dia segera bertanya kepada Lenggai:

"Suamiku, adakah abang membuka tajau itu?"
Lenggai hanya mendiamkan diri. Setelah disoal beberapa kali akhirnya Lenggai mengaku membuka tajau itu dan menceritakan apa yang telah dilihatnya.
"Isteriku, kejadian itulah yang mengganggu fikiranku," Lenggai menjelaskan.
"Oh suamiku, bukankah telah kuberitahu supaya jangan membuka penutup tajau itu? Abang telah melakukan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan," Bungsu Bintang Banyak berkata dalam tangisan.
"Sekarang abang tidak dapat lagi tinggal bersama kami."
Bongsu Bintang Banyak menangis teresak-esak sambil menimang anaknya.
"Anakku, oh anakku, tidak pernah ibu terfikir kita akan berpisah. Sekarang sudah tibalah masanya. Oh! Betapa beratnya penderitaanku," tangis Bungsu Bintang Banyak.

Maka pada keesokan harinya isteri Lenggai dan keenam orang kakaknya menyediakan persiapan untuk menurunkan Lenggai dan anaknya ke bumi melalui mulut tajau itu. Mereka semua bertangis-tangisan. Sebelum berpisah, kakak Bungsu Bintang Banyak yang tertua menjelaskan selanjutnya:
"Lenggai, tahulah kamu bahawa kami berasal dari Bintang Tujuh. Kami memberi petunjuk kepada peladang di bumi. Carilah kami dalam kegelapan sebelum terbit fajar. Apabila kamu ternampak kami di langit, mulalah segera menanam padi."

Jika kami telah tidak lagi kelihatan di langit apabila kamu mula menanam, maka hasilnya tidak akan banyak, malahan apa jua yang kamu tanam tidak akan memberi hasil. Semasa berada di sini, kami telah melihat kami tidak pernah tinggal di rumah hanya Bungsu Bintang Banyak sahaja yang berada di rumah.Bungsu Bintang Banyak juga mengingatkan suaminya supaya menurut nasihat kakaknya itu dan menceritakan pula kepada anaknya supaya kedudukan Bintang Tujuh akan sentiasa menjadi petunjuk kepada petani di bumi.

Setibanya di bumi, Lenggai menceritakan semua pengalaman yang dialaminya kepada orang-orang kampung. Dia menceritakannya dari masa dia meninggalkan kampung untuk mencari buah ajaib sehinggalah masa dia berkahwin dengan adik bungsu Bintang Tujuh.Semenjak hari itu, kononnya, padi akan mula ditanam apabila kelihatan Bintang Tujuh mengerdip di langit.

...bek0rban itu iNdah...


Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya.

Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang

"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.

"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.

"Tentu.. tentu.. dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."

"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Moral:
Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.

Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.

Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.

Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.
Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.

Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi.
setakat ini saja cerita yang mampu saya kongsi dengan anda semua...as salam...

tauladan..


Citer nie...(sedih)..hayati la dgn penuh perasaan....

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat 
Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam 
senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. 

"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga 
ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"beritahu 
pegawai itu lagi. 

"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei. 
Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. 

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah. 

"Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya. 

"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah. 

"Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan 
tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar betul 
saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei dengan 
wajah berseri-seri. 

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak 
dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai." 

"Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. 
Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat- 
lewatnya minggu depan." 

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun 
lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu." 
Mak Pah merenung gusar wajah suaminya. 

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka 
tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." 
Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang 
itu tidak akan menghampakan harapannya. 

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita 
berunding," cadang Pak Uwei. 

"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok 
kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti 
nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan 
rancangan Pak Uwei. 

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, 
hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh 
lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak 
bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali 
ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada 
anaknya. 

"Tapi bang?... " 

"Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. 
Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah 
melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia 
akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia 
hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya. 

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik 
sama?" tanya Balkis. 

"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke 
tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei. 

Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas 
bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata 
anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak 
seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur 
sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat 
gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar 
besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing. 

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung 
belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak 
bekerja kilang. 

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. 
Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei. 

"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok 
berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari 
mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?" 

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang 
duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok 
pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan 
cuba membuat abahnya faham. 

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau 
tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!" 

"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang, 
kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas 
Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya. 

"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi... 
aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak 
kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!" 

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang 
Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia 
bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. 
Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. 

Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula 
dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan 
malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu. 

"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei 
memulakan bicara. 

"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya. 

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. 
Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan 
Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," 
Pak Uwei mengutarakan hasratnya. 

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje 
keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi 
bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz. 

"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat- 
lewatnya minggu depan." 

"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak 
pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan 
budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah. 

"Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya PakUwei 
melindungi kekecewaannya. 

"Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak tu 
pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi 
abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz. 

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana Kis, 
boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki 
durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling pada Balkis. 

"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit 
simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham 
ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi." 

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis. 

"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. 
Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman." 

"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri 
baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang 
menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei 
terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan 
menghampakannya. 

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang 
dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba 
meredakan keadaan. 

"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu 
lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi... dah tak 
ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik 
meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. 
Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak 
menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat 
kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan 
mengecewakannya begitu. 

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak 
turut serta balik bersama abang dan kakaknya. 

"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai 
kain selendangnya. 

"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap. 

"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi 
kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan 
sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. 

Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar. 

"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?" 

"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye." 

"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah. 

"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah 
tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng kepala 
memerhatikan Intan berlalu pergi. 

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat 
anaknya itu menyisihkan diri. 

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang 
menikmati juadah tengah hari. 

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. 
Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api." 

"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh 
mencapai pinggan. 

"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang 
lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. 
Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia 
mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang 
membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain. 

"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan menghampiri 
mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian 
menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca. 

"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan 
meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. 

Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak 
sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. 
"Abah ni... ke situ pulak...." 

"Habis tu?" 

"Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni, 
resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. 
Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni 
untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti."Intan memasukkan 
duit itu dalam genggaman Pak Uwei. 

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya 
bagai tidak percaya. 

"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh 
Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan 
abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. 
Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. 
Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti 
mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan 
dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik 
haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. 
Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang 
tak seberapa ini dari Intan," 
tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah 
berkedut dimamah usia. 

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah 
selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi 
akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," 
luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang 
selama ini dimusuhinya. 

"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. 
Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan." 

"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan... ,"ujar 
Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. 

"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," Mak Pah 
mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran. 

"Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih. 

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang 
menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira 
bercampur hiba. 

"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya 
memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah. 

"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana 
nanti?" 

"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang 
penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna." 

"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak 
membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak 
itu. 

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang 
Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," 
pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. 
Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu. 

..................................... 

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei 
mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah 
menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap 
di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap 
tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah 
suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan 
pergi jauh. 

"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga. 

"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita." 

"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah. 

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. 

"Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya 
tanpa dapat menahan airmata menitis laju. 

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari 
wajah Intan. 

"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium 
tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" Tanya Pak Uwei terasa 
hampa. 

"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah menggeleng, 
dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan 
tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. 
Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak 
kena. 

"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil 
nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." 
cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman yang 
sedang memandu. 

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz 
cuba bergurau walaupun terasa sayu. 

"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu, abah 
nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap 
pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?" 

"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," 
ajak Azman menukar tajuk perbualan. 

"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei. 

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru 
memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir 
menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata. 

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa 
mentuanya. 

"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" 
Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. 

"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah. 

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu 
di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya 
terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain 
batik lepas. Dadanya bergetar. 

"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang 
menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. 

"Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya. 

"Kenapa Az... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan 
melangkah laju ke bilik Intan. 

"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang 
terduduk lemah. 
Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. 
Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. 
Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. 

"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan 
tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," 
pujuk Long Semah yang masih belum pulang. 

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan 
hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala 
salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia 
minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah. 

"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah 
tersedu sedan. 

"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. 
Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum 
mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu 
lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak 
hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia 
ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas. 
Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz. 

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan 
memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu 
bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah 
belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah 
doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.." 

Tamat.... 

Moral cerita ...... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa 
sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah sementara 
berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita bernyawa. 
Renung-renungkan...

bila hati &minda b'suara


                                                         
Kisah yang ingin kupaparkan di sini adalah kisah benar yang cukup menyayat hati. Ini adalah antara siri kisah kisah benar yang kubawakan dari sebuah kampung. Tujuan pendedahan cerita ini bukanlah untuk membuka pekung atau memalukan mana mana pihak. Bukan juga untuk tujuan agenda politik.Serius bukan.Walaupon aku tiada di tempat kejadian, namun aku mempunyai alibi alibi yang boleh membuktikan kesahihan cerita ini..Sesungguhnya kebenaran itu adalah sesuatu yang pahit dan sukar untuk diterima.Namun ia adalah untuk memberi pengajaran dan teladan kepada kita semua.

Baiklah. Tanpa membuang lebih banyak masa dan tenaga utk menaip bait bait kisah sedih ini
 ku mulakan dari sekarang..

Di sebuah kampung yang diberi nama Kampung ....(maaf.aku tak sampai hati nak britahu nama kampung tu) yang terletak di sebuah daerah di Utara tanah air.

Penduduk kampong ini rata-ratanya berkerjaya sebagai pesawah atau penanam padi. Maka tidak hairanlah kalau di lihat dari jalan besar, kampong ini seakan akan sebuah pulau yang dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau. Sayup mata memandang. Kiri kanan depan belakang sawah padi semata mata.

Di antara penduduk kampong tersebut, ada sebuah keluarga yang agak senang hidupnya. Kerana di samping mempunyai sawah untuk dikerjakan, mereka juga mempunyai sebuah kedai runcit yang diusahakan. Dengan adanya kedai runcit tersebut maka mudahlah orang kampung membeli barang keperluan harian seperti tepung gandum, tepung pulut, ,tepung beras,gula, garam,ikan, sayur sayuran mahupon serta coklat (gula2) buat kudapan anak anak.

Orang kampong tidak perlulah keluar jauh ke pekan untuk membeli barang memandangkan kedai runcit sudah ada dan ini lebih memudahkan mereka. Namun, keadaan ini tidak berapa menyeronokkan memandangkan stock di kedai tersebut ada kalanya stock lama yang sudah expired.Selalunya penghutang adalah pembeli, tapi di sini, terbalik la pulak. Pekedai menjadi penghutang kepada pembeli. Namun orang kampong tidak kisah. Lagipon memang hari-hari beli di situ. Maka, tidak apa. Sikap tidak apa ni memang tebal di kalangan penduduk kampong memandangkan semuanya bersaudara. Bukan orang jauh. Saudara sendiri juga. Bukan tidak jumpa pon. Nak pergi mana dah memang tinggal di situ. Begitulah sikap orang kampong. Sentiasa bertoleransi dan bertolak ansur.

Pekedai tersebut mempunyai ibu bapa yang merantau di KL dan mencari rezeki dengan menjual kuih muih. Sekali sekala mereka akan balik kampung untuk menjenguk anak-anak. Di antara anak-anaknya, pekedai ini merupakan anak yang paling mereka sayang. Maka setiap kali pulang ke kampong, rumah pekedai inilah yang mereka tuju dulu untuk melepaskan rasa rindu yang dipendam.Nma pekadai itu ialah Jais(bukan nama sebenar)

Jais terkenal dengan sifat tangkai jeringnya. Apabila beliau ingin keluar ke mana-mana beliau akan mengunci kedainya agar anak-anaknya tidak dpt masuk untuk mengambil makanan ringan. Beliau beranggapan ini akan mengurangkan keuntungan apabila anak sendiri mengambil tanpa membayar.

Tidak hairanlah pokok jambu dan mangga yang tumbuh meranum di depan rumahnya pon dia boleh buat untung seratus peratus . Ini kerana apabila anak-anak jiran datang untuk mengait buah tersebut, dia akan menjual dengan harga sebiji 30 sen. Sifatnya sungguh berlainan dengan penduduk kampung yang lain yang tidak kisah sekiranya ada anak-anak kecil ingin mengambil buah di pokok mereka. Ambillah. Makanlah. Kerana buahnya banyak dan tidak luak puan kalau budak2 makan sebiji atau dua biji pon. Kita sendiri bila sudah ada pokok rambutan, durian , manggis di tepi rumah, selera makan buah biasa saja. Tapi pada Jais, ia tidak begitu. Setiap benda perlu dibayar.

Jais juga terkenal dengan sifat yang sungguh berjimat cermat. Betullah apabila terlampau berjimat, maka kita akan menjadi sedikit bakhil. Hatta, anaknya sendiri yang berjaya masuk universiti pon dia tidak mahu mengeluarkan sesenpon wang untuk membiayai pengajian si anak. Katanya, anak yang perlu memberinya wang, bukan dia yang perlu keluarkan wang untuk anak-anak. Maka anak tersebut tidak jadi ke universiti dan terus mencari kerja untuk menampung kehidupan seharian.

Seperti kebanyakan orang kampung yang lain, setiap kali padi dituai mereka akan mengadakan kenduri kesyukuran atas limpahan rezeki dari Yang Maha Kuasa. Begitu juga dengan Jais. Namun majlis kenduri yang dianjurkan oleh Jais seringkali menimbulkan suasana yang kurang menyenangkan.

Apabila kenduri musim durian, maka durian yang disajikan isinya kurang elok, sudah masam, ada yang berulat dan tidak sanggup kita nak masukkan dalam mulut. Apabila kenduri masak gulai ikan talang, maka ikan talangnya tidak dapat dimakan disebabkan kualiti yang agak teruk dan hanya layak untuk di makan oleh ayam-ayam.Ini kerana beliau membeli durian yang murah tapi isi yang sudah tidak elok, Ikan talang beliau membeli dari pekedai cina yang memang dah nak buang ikan tersebut. Di sebabkan boleh dapat secara percuma maka beliau sanggup mengambil dan menjamu masyarakat kampong dengan keadaan ikan yang sedemikian rupa.

Apabila diadakan kenduri kahwin anaknya, lauk tidak pernah cukup kerana dia memang beli dalam kuantiti yang sedikit. Untuk menghilangkan rasa malu orang kampong kepada orang luar yang hadir, mereka mengutip wang untuk menambah daging lembu supaya semua yang hadir dapat menikmati hidangan. Pendek kata setiap kali majlis yang diadakan oleh beliau, ada saja perkara yang tidak kena berlaku. Sentiasa kecoh.

Berbalik kepada ibu bapa Jais. Setelah sekian lama merantau di tempat orang, maka mereka kembali ke kampong halaman untuk meneruskan sisa sisa kehidupan. Sementelah pula si ibu yang sering sakit-sakit dan sudah tidak larat untuk berjalan.Tempat yang mereka tuju tidak lain dan tidak bukan ialah ke rumah Jais. Mengharapkan kasih sayang anak untuk menjaga mereka di kala keduanya sudah tidak ada daya untuk berbuat apa apa. Di waktu itu Jais makin maju dengan mempunyai perniagaan membuat pelbagai jenis kerepek.

Namun kepulangan ibu bapa Jais ke rumahnya tidak menyeronokkan Jais dan isterinya. Isterinya seringkali merungut mengatakan ibu Jais seringkali menggangu dia membuat kerepek apabila si ibu meminta untuk di papah ke bilik air dan sebagainya. Perkara ini juga tidak menyenangkan Jais apabila merasakan ibu bapanya hanya menyusahkan hidupnya. Jais lupa sewaktu beliau mengalami masalah kewangan, ibu bapanyalah yang menghulurkan bantuan kewangan .Duit hasil jualan kuih oleh ibu bapanya banyak diberikan kepada Jais yang sering meminta wang. Ini menimbulkan rasa kurang senang di hati anak-anak yang lain namun kerana sayangnya ibu bapa Jais kepadanya, mereka tetap memberikan bantuan wang apabila diminta.

Keadaan kesihatan ibu Jais makin meruncing. Makan bersuap.Bangun berangkat.Jalan berpapah.Jais tidak gembira dengan keadaan ini. Jais sanggup mengenakan harga bagi setiap makan pagi, tengah hari dan petang ke atas kedua ibubapanya. Sesuatu yang tidak terfikir oleh orang yang berakal waras. Tapi Jais sanggup. Beliau dan isteri sanggup tidak memasakan makanan sekiranya hari itu ada kenduri di kampong .Mereka sanggup membawa balik lauk kenduri untuk dijamu kepada ibubapanya memandangkan ianya percuma.Jais tak sanggup mengeluarkan wang kepada ibu bapanya sendiri. Menyedihkan bukan?

Kemuncak kisah ini apabila Jais mengambil keputusan untuk menghantar kedua ibubapanya pulang ke rumah lama ibubapanya sebelum mereka merantau. Rumah tersebut memang sudah uzur dan hanya didiami oleh abang Jais yang tidak berapa sihat akalnya. Si ibu meronta-ronta tidak mahu dibawa pulang manakala si bapa terdiam tidak dapat berkata apa-apa. Terlalu sedih dengan layanan si anak kepada mereka. Orang orang kampong mula datang seorang demi seorang apabila mereka mendengar raungan sang ibu yang meronta-ronta tidak ingin dihantar pulang. Di kampung yang penempatannya yang agak berdekatan, jarak dari rumah ke rumah sangatlah dekat.Masakan tidak,kalau bersin pun boleh didengar di beberapa buah rumah lain. Menandakan betapa dekatnya kawasan kejiranan di sini. Maka raungan sang ibu sudah pasti didengar dengan jelas oleh jiran jiran.

Suasana waktu itu sungguh menyedihkan.Jiran jiran yang datang turut menangis merayu pada Jais agar membiarkan si ibu dan bapa tinggal saja di situ. Si ibu tidak lepas pegangan tangannya pada kaki Jais. Seolah-seolah seperti seorang anak yang memohon belas ihsan dari seorang ayah. Ahh..tidak tergambar oleh perkataan akan keadaan dan suasana waktu itu. Namun Jais tetap berkeras untuk menghantar pulang. Orang kampong sudah habis daya untuk menghalang Jais.Akhirnya si ibu dan bapa yang uzur itu dibawa pulang dalam keadaan yang sungguh mengharukan sesiapa saja yang berada di tempat kejadian. Sungguh tergamak Jais berbuat begitu kepada ibu bapanya yang membela beliau sedari kecil hingga besar. Sungguh tergamak dia.

Diberitakan selepas beberapa bulan kembali kerumah lamanya yang uzur itu, si ibu pulang mengadap Illahi setelah menempuh pelbagai kesengsaraan hasil layanan anak sendiri yang tidak mengenang budi itu.

Kisah ini diceritakan kepada aku oleh kakak dan ibuku. Sambil bercerita mereka tidak henti2 mengesat air mata kerana sangat tersentuh dengan kejadian yang tidak pernah di sangka itu.

Semoga kita mengambil iktibar dan teladan atas kisah ini dan jagalah ibu bapa sebaik mungkin sewaktu mereka masih hidup kerana pengorbanan mereka tidak terbalas oleh kita. Wallahua’lam. 
 sumber disini...

subhanallah!!tergamaknya si anak berlaku sedemikian..sungguh mengharukan!Ya!ingatlah wahai anak-anak sekalian..ibu dan bapa kita bekerja keras untuk menyara kita,supaya kita berasa selasa..sungguhpun begitu,adakah kita menghargai pemberian mereka??!!berlaku kurang sopan,bercakap dengan tidak (senang cakap..kurang hajar!!)mengapa kita harus berlaku sedemikian?untuk melepaskan kemarahan?untuk kepuasan diri?adakah kamu semua terfikir akan perasaan mereka?kita hanya melayan dan melayan diri
 sendiri dan hanya mementingkan diri sendiri..
baiklah,sekarang aku harus beredar..assalamualaikum..

PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJENJANG


Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat.

Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan ekor mata seperti seroja biru di kolam madu.

Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang.

Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra sekali. Mereka diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan sentiasa bermain dibibir. Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada keduanya. Mereka sentiasa sepakat dan sekata. Demikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari.

“Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita bermain-main, mahu?” Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi.
“Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya?” balas Puteri Sejenjang.

“Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. Lepas itu kita petik bunga-bunga yang telah mekar di taman.”

“Yalah Santubong! Sudah lama juga kita tidak memetik bunga-bunga di taman sana.”
Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masing-masing hingga selesai.

Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun kain. Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan menumbuk padi.

Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri Sejenjang asyik menumbuk padi, berbual-buallah mereka tentang kecantikan diri masing-masing. Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri sendiri.

“Sejenjang! Kau lihat tak diri aku yang serba tidak cacat ini! Dengan duduk menenun seperti ini, aku dapat menjaga kerampingan pinggangku ini. Aku pasti suatu hari nanti, bila anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan mengahwini aku. Aduh! Betapa bahagianya di saat itu, Sejenjang?” Tanya Santubong kepada Sejenjang yang asyik menumbuk padi.

Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. “Bila aku sudah diam di istana nanti, tentunya dayang-dayang mengelilingi aku, sambil menyikat-nyikat rambutku yang mengurai ini. Nanti mereka akan berkata, inilah anak dewa kayangan yang paling cantik pernah mereka temui. Saat itu akulah tuan puteri yang paling cantik di dunia ini.”

Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan cuba menentang kata-kata Puteri Santubong yang menganggap dirinya sahajalah yang paling cantik. Puteri Sejenjang menyatakan dirinya yang paling cantik dan rupawan. Kecantikannya mengalahi paras rupa Puteri Santubong.

“Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi begini menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Subur menawan. Leher juga jinjang. Betis bagaikan bunting padi.”

“Dengan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan lenganku ini serasa tegap daripada engkau yang asyik bongkok menenun kain. Entah nanti, engkau cepat pula rebah ke bumi. Takut pula anak raja itu melamar aku dahulu,” balas Puteri Sejenjang.

Mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan mengalah. Puteri Sejenjang juga pantang menyerah. Masing-masing mahu dipuji. Akhirnya, pertengkaran antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang semakin hangat. Masing-masing tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara keduanya berlarutan.

Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil mencaci-caci dan menghina antara satu dengan yang lain.

“Sejenjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu akan jadi bunting padi. Takut lemak tak berisi. Dek antan tu jugalah jari-jemari kau tu, kesat dan kasar. Tidak seperti jari-jemariku ini yang halus serta runcing,” kata Puteri Santubong dengan bangga.

Dengan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri Sejenjang hilang sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan antan di tangan. Ayunan pukulan Puteri Sejenjang amat kuat dan cepat, lalu terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang sedang duduk menenun kain. Menjeritlah Puteri Santubong kerana kesakitan.

Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak berdiam diri, lantas menikam Puteri Sejenjang dengan batang belidah yang ada dalam genggamannya. Tikaman itu tepat ke arah kepala Puteri Sejenjang dan menembusinya. Maka menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuat-kuatnya akibat kesakitan tikaman tersebut. Berakhirlah sebuah persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalin oleh mereka selama ini.

Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang terkena ke pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong telah terpecah menjadi dua seperti yang dilihat pada hari ini. Demikian juga dengan tikaman batang belidah oleh Puteri Santubong yang mengenai tepat ke kepala Puteri Sejenjang, menyebabkan Bukit Sejenjang pecah bertaburan menjadi pulau-ulau kecil berhampiran Gunung Santubong.
Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya menjadi kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.
Oh……Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.
 
Setakat ini saja cerita rakyat ini....sekian..