Kisah ini adalah kiriman saudari Farisha melalui emailnya. Harap ambil jadikan tauladan.....
Ibuku sering menceritakan pengalamannya dan teman-temannya yang pernah
menjadi tahanan Pol-Pot. Salah satu kisah yang masih aku ingati ialah
kisah ibuku dipaksa makan bubur babi.
Petikan ini bermula....
------------------------------------
Semasa menjadi tahanan Pol-Pot, suami isteri dipisahkan. Begitu juga
anak dan ibu. Mereka dibahagi-bahagikan kerja mengikut peringkat jantina
dan umur. Ada yang menanam padi dan pelbagai pekerjaan lagi yang
berat-berat. Pol-Pot mengamalkan sistem ala komunis. Semua tahanan
dikehendaki memakai baju hitam. Mereka diberi pekerjaan yang
teruk-teruk. Siapa yang malas atau sakit akan di bawa ke satu kawasan
untuk di bunuh. Ada yang disiksa terlebih dahulu sebelum di bunuh.
Contoh penyiksaan yang sering dilakukan ialah menarik kesemua kuku
tahanan dengan benda yang tajam, menebuk tapak tangan tahanan, memenggal
kepala atau menimbus tahanan hidup2 ke dalam satu lubang maut. Orang
islam di larang sembahyang. Masjid dijadikan kandang babi.
Semua tahanan dipaksa bekerja. Setelah penat bekerja , tahanan hanya
diberikan makan bubur sahaja. Menunya berbeza-beza. Kadang-kadang bubur
ikan dan kadang-kadang bubur babi. Bubur yang hanya ada beberapa butir
nasik dalam semangkuk bubur. Ibuku tak mahu makan bubur babi. Dia
melihat wajah teman-temannya. Ada yang berugama Islam sedang memakan
bubur itu. Keadaan amat darurat. Sekiranya mereka tidak makan, mereka
tiada tenaga untuk melakukan kerja seterusnya. Akibatnya mereka akan
jatuh sakit. Boleh jadi mereka akan di bunuh sekiranya tidak mampu lagi
melakukan pekerjaan itu. Ibuku masih menahan diri dari memakan bubur
itu. Dia mengeluarkan beras goreng lalu mengunyah beras goreng itu satu
persatu. Hatinya berdoa semoga beras goreng yang dibekalkan oleh nenekku
mampu memberikan kudratnya untuk meneruskan kerja membajak sawah itu.
Malamnya, nenekku menggorengkan beras untuk dijadikan bekalan ibuku esok
hari. Manalah tahu, menu esok sama denagn menu hari ini. Jangkaan nenek
tepat. Menu makan tengahhari adalah bubur babi lagi. Kali ini ibuku
diiuji lagi. Dia terpaksa makan beras goreng yang disimpan di dalam
uncang diantara lipatan getah kainnya. Kemudian, ibu meneruskan kerja
seperti biasa.
Pada hari yang ketiga, menu yang sama disajikan kepada tahanan-tahanan.
Ibuku terpaksa menjamah beras goreng yang dimakannya secara
sembunyi-sembunyi. Tiada sedikit perasaan kesal pun dihati kerana tidak
makan bubur babi itu walaupun dibolehkan kerana darurat. Tiba-tiba
seorang pegawai tinggi Polpot datang menemui ibuku. Cepat-cepat ibu
sembunyikan beras goreng itu. "Aku dengar, kau sudah tiga hari tak makan
bubur yang kami masak. Bagaiamana kau masih mempunyai tenaga untuk
bekerja?" Tanya pegawai tersebut dalam bahasa Khmer. Kecut perut disoal
begitu. "Mari ikut aku?" Ibu semakin risau. Ibu takut kalau mereka tahu
ibu makan beras goreng yang dibawanya. Pasti ibu akan dihukum. Namun,
dia membawa ibu ke ruangan dapur. "Gadis ini belum makan apa-apa lagi.
Namun, dia masih bekerja seperti orang lain. Sediakan nasi bersama ikan
masin untuk dia". Ibu bersyukur tatkala mendengar kata-kata pegawai itu.
Petang itu, ibu dijamu dengan menu yang istimewa. Sudah lama ibu tak
makan nasi. Inilah ganjaran bersabar di jalan Allah....
Ulasan Admin : Sesungguhnya sesiapa
yang menjaga dirinya daripada melakukan perkara yang dilarang oleh
Allah kerana takut kepadaNYA, nescaya Allah tidak akan sia-siakan
pengorbanan dia.Semoga cerita di atas dapat dijadikan iktibar
bersama-sama.
No comments:
Post a Comment